Wednesday, April 4, 2012

Isteri selamat mendarat pesawat ketika suami mati

MILWAUKEE: Seorang wanita berusia 80 tahun yang hanya mempunyai sedikit pengalaman penerbangan menyedari suaminya sudah mati selepas tidak sedarkan diri ketika berada di udara tetapi tetap tenang mendaratkan pesawat di timur laut Lapangan Terbang Wisconsin.

Anak wanita itu, James Collins, berkata beliau membantu ibunya, Helen Collins menerusi radio ketika pesawat Cessna berkenaan mula kekurangan minyak sewaktu kejadian pada petang semalam. Seorang lagi juruterbang turut membantu wanita berkenaan untuk mendaratkan pesawat itu di Lapangan Terbang Cherryland, dekat Sturgeon Bay, kira-kira 240 kilometer utara Milwaukee.

Beliau berkata, ibunya pernah belajar bagaimana untuk menerbangkan pesawat dan mendarat kira-kira 30 tahun lalu atas gesaan suaminya sekiranya sesuatu berlaku tetapi tidak lulus ujian

No comments:

Post a Comment