Tuesday, March 27, 2012

rumah mawi kene PECAH MASUK :O !!!








Juara Akademi Fantasia ke-3 (AF3), Asmawi Ani atau Mawi hanya memikirkan keselamatan bayinya, Cahaya Malaika yang berusia sebulan sebaik dikejutkan perompak yang mengacukan parang ke mukanya.

Dia yang baru melelapkan mata sebaik tiba di kediamannya di Bangi Golf Resort, di sini, pada jam 2 pagi semalam selepas menyertai Konsert Jelajah Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2011 di Pasir Gudang, Johor, bimbang empat lelaki bersenjatakan parang itu mencederakan anak sulungnya itu.
Bagaimanapun, Mawi berkata, dia bersyukur apabila melihat perompak terbabit tidak mengapa-apakan anaknya yang tidur nyenyak.

Menceritakan detik cemas itu, Mawi, 31, berkata, empat lelaki warga asing terbabit dipercayai memecah masuk banglonya melalui tingkap tepi yang tidak mempunyai gril selain menggunakan tangga untuk memanjat pagar.

No comments:

Post a Comment