Thursday, March 1, 2012

Nahas Kereta Api Di Kanada, 6 Terbunuh

Enam orang terbunuh manakala beberapa yang lain cedera selepas sebuah kereta api penumpang yang membawa 75 penumpang terbabas dari landasan.

Kejadian berlaku jam 3.30 petang waktu tempatan di Burlington, kira-kira 60km ke barat Toronto, Kanada.

Kereta api terbabit dilaporkan dalam perjalananan dari Air Terjun Niagara ke Toronto.

Pasukan penyelamat kini bertungngkus-lumus cuba mengeluarkan berpuluh-puluh penumpang yang terperangkap dalam
Satu nahas berkenaan.

Helikopter menyelamat turut dikejarkan ke tempat kejadian bagi kerja-kerja memindahkan mangsa ke hospital.

Sejurus nahas kebocoran minyak dilaporkan berlaku.

Sehingga kini pihak VIA yang dimiliki kerajaan Kanada enggan memberi sebarang ulasan

No comments:

Post a Comment