Thursday, March 29, 2012

Meraung selepas dijatuhi penjara 10 tahun

Seorang bekas kakitangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menangis dan meraung di Mahkamah Sesyen semalam, selepas dihukum penjara 10 tahun apabila didapati bersalah menyebabkan kematian anak teman wanitanya, bayi berusia dua tahun, dua tahun lalu.

Hakim Rosbiahanin Arifin membuat keputusan di akhir kes pembelaan itu terhadap Mohd Jamil Teh Kamarudin, 28, berkuat kuasa semalam dan tidak membenarkan pelaksanaan hukuman penjara ditangguhkan untuk membolehkan rayuan dikemukakan ke Mahkamah Tinggi.
Mohd Jamil dituduh menyebabkan kematian dengan cuai ke atas Nur Hazrieq Naufal Abdullah, anak kepada seorang kakitangan bank di alamat Nombor 2-12-14, Pangsapuri Seri Gembira, Jalan Trolak 9, Taman Bamboo, Jalan Ipoh di sini, antara 27 Mei 2010 hingga 3 Jun 2010.
Dia didakwa mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara maksimum 30 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.


No comments:

Post a Comment