Wednesday, March 7, 2012

Lelaki Vietnam ditemui mati ditetak

Seorang lelaki warga Vietnam ditemui mati dengan kesan tetakan pada seluruh badan di Jalan Seroja, Kampung Sungai Kayu Ara, Damansara, dekat sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Arjunaidi Mohamed, berkata mayat lelaki berumur 20-an dan bekerja di kilang berdekatan itu ditemui orang ramai di sebuah lorong di belakang rumah kedai pada 10.20 malam.
"Semasa polis tiba, mayat lelaki itu berlumuran darah di seluruh badannya. Kita percaya dia ditetak dalam satu pergaduhan oleh suspek yang lebih daripada seorang," katanya ketika dihubungi.
Arjunaidi berkata, polis tidak menemui sebarang senjata di tempat kejadian dan menolak kes itu bermotifkan samun kerana tiada barang berharga milik mangsa yang hilang.

Beliau berkata, mayat dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk bedah siasat da es disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Mangsa sebelum ini menghuni di sebuah rumah kedai berdekatan bersama isteri dan rakannya




No comments:

Post a Comment