Wednesday, March 28, 2012

hilang2 budak skrg ni .... agaib ... ffuhhh layannn



Usia 9 hingga 22 tahun paling ramai hilang 2011
Kanak-kanak dan perempuan berusia sembilan hingga 22 tahun adalah paling ramai dilaporkan hilang oleh ibu bapa atau penjaga mereka sepanjang tahun lalu, membabitkan 726 daripada 1,097 orang.

Statistik Bukit Aman menunjukkan setakat ini, 406 daripada mereka termasuk 273 perempuan sudah ditemui semula, manakala 691 lagi termasuk 453 kanak-kanak dan remaja perempuan masih belum ditemui dan usaha mengesan mereka masih dijalankan.
Hasil soal siasat ke atas mangsa yang sudah ditemui semula dan keluarga mangsa yang masih hilang mendapati kebanyakan mangsa hilang disebabkan lari dari rumah kerana mengikut teman lelaki selain tinggal berasingan bersama ibu atau ayah selepas berlaku perceraian.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Bakri Zinin, berkata dalam tempoh itu remaja wanita berumur 14 hingga 17 tahun adalah paling ramai dilaporkan hilang, iaitu 333 kes dengan 147 daripada mereka sudah ditemui semula.

“Punca kehilangan kebanyakan kanak-kanak dan remaja perempuan adalah disebabkan lari mengikut teman lelaki sama ada rakyat tempatan atau warga asing, pengaruh rakan serta inginkan kebebasan kerana mahu lari dari masalah keluarga.

“Kejadian ini pasti tidak akan berlaku sekiranya semua pihak terbabit terutama ibu bapa, penjaga dan masyarakat bersama-sama memainkan peranan dengan memberikan perhatian bagi mendalami permasalahan yang dihadapi kanak-kanak dan remaja masa kini.



No comments:

Post a Comment