Saturday, March 31, 2012

Ariel makin glamor ...(ariel peter pan)







Vokalis Peterpan masih disokong peminat walaupun dibenci

TANGGAL 24 Mac lalu pasti terpahat kenangan manis buat penulis kerana berpeluang menemubual vokalis Peterpan, Ariel atau nama sebenarnya, Nazriel Irham di dalam Penjara Kebon Waru, Bandung. Namun, misi dan pertemuan yang diatur pihak Universal Music Malaysia dan PT Musica Studio's, Indonesia, agak berbeza dan mencabar.

Pertemuan empat mata bersama Ariel itu turut dihadiri lima peminat bertuahnya dari Jakarta dan Bandung yang dipilih kedua-dua syarikat rakaman berkenaan dibenarkan pihak pengurusan penjara, namun tetap bersyarat. Kumpulan wartawan Malaysia juga perlu ‘menyamar’ sebagai peminat Ariel.

Bererti dalam tempoh hampir sejam bersama Ariel dalam sebuah bilik kreatif di penjara berkenaan, sesi borak atau lebih tepat temubual itu dijalankan tanpa sebarang buku nota, pen, kamera atau apa saja alat rakaman, selain tiada langsung soalan berbaur peribadi.

Sebaliknya, daya ingatan kuat amat diperlukan ketika itu. Apatah lagi selesai pertemuan itu, rakan media harus bertungkus lumus menyiapkan berita untuk dihantar ke Kuala Lumpur. Terdahulu, kedatangan kami disambut baik Ariel yang masih kekal kacakdan tenang wajahnya, sambil sesekali tersenyum.

Rambutnya yang kembali panjang turut digayakan dengan cekak. Cuma, barisan giginya sudah kekuningan dek terlalu kuat merokok selepas hampir dua tahun menghadap jeriji besi dan dinding batu, selain dikelilingi tembok batu. Mesranya bukan main dan setiap persoalan yang diajukan disambut baik.

“Kehidupan dalam sini memang agak membosankan. Tiga bulan pertama saya sendiri tak dapat menafikan betapa sukar untuk membiasakan diri. Lama kelamaan saya semakin OK... cuma tabiat merokok saya lebih teruk daripada sebelum saya berada di dalam ini,” kata Ariel sambil meminta izin untuk menyalakan api rokok ketika pertemuan itu berlangsung.
Sepanjang pertemuan, niat di hati mahu juga memberanikan diri mengajukan soalan peribadi membabitkan dirinya dengan Luna Maya. Khabar angin mengatakan hubungan mereka sudah putus, selain masing-masing dikatakan sudah bertemu pengganti. Namun, ia terus tersekat selain mengenang dan menghormati permintaan penganjur.

Di Indonesia kisah kononnya cinta mereka sudah terkandas di tengah jalan turut didorongi kisah Luna pernah dilihat mesra dengan seorang pemilik kafe di kawasan Kemang, Jakarta Selatan. Luna dan lelaki itu dikatakan asyik memadu kasih dengan suasana cukup romantis disulami senda tawa, manakala lelaki berkenaan turut dikatakan menggenggam erat tangan Luna.

Spekulasi perpisahan mereka turut dikatakan berpunca dengan Luna yang sudah tidak lagi melawat Ariel di rumah tahanan seperti kebiasaan. Ariel pula dikatakan beralih arah kepada Momo dengan kekerapan vokalis kumpulan Geisha itu melawatnya di penjara.

Menurut pihak PT Musica Studio’s yang diajukan persoalan itu, mereka menidakkan bahawa hubungan Ariel dan Luna sudah putus di tengah jalan. Cuma kurang pasti tahap kesahihannya atau ia tidak lebih daripada sekadar jawapan selamat atau cover line Ariel atau Luna.

Kisah perpisahan mereka terus menjadi tanda tanya kerana ia turut ditepis khabar kononnya Ariel dan Luna sudah bernikah dalam penjara. Lagu nyanyian solo terbaru ciptaan Ariel berjudul Dara dikatakan didedikasikan khas buat Luna.

“Sebelum ini Luna pun pernah hadir ke penjara bersama anak tunggal Ariel, Alleia Anata Irham. Kisah itu turut diperkatakan media di sini. Secara nyatanya memang lagu Dara kalau dihayati liriknya memang terang-terangan ditujukan kepada Luna. Mengenai Momo pula ia tak lebih kepada urusan profesional. Ini kerana Momo juga menjadi rakan duetnya untuk lagu Peterpan berjudul Cobalah Mengerti yang dinyanyikan semula. Lagu duet mereka dimuatkan dalam album instrumental memuatkan lagu popular Peterpan sebelum ini sekitar awal bulan depan,” kata seorang pekerja di PT Musica Studio’s.

Menyingkap sisi lain, biarpun memegang gelaran sebagai banduan, Ariel dan jenama kumpulan Peterpan itu masih disokong peminatnya sekali pun dibenci pelampau Islam di sana. Malah saban hari, ada saja peminatnya yang tidak melepaskan peluang melawatnya di penjara.

Konsert jelajah Peterpan yang menampilkan dua vokalis sementara menggantikan Ariel iaitu Glen Fredly dan Fadly dari kumpulan Padi di beberapa daerah di Jakarta turut mendapat sambut hebat peminat tegar sejak Februari lalu. Cinta Ariel terhadap muzik juga tidak pernah berkubur. Slogan tertulis dalam bahasa Indonesia di bilik kreatif berbunyi ‘Fisik terkurung bukan berarti kreatifitas terkubur’ ketika berlangsungnya pertemuan itu, jelas menggambarkan apa dilakukan Ariel terhadap kecintaannya terhadap dunia muzik.

“Selain Dara, saya ada mencipta satu lagi lagu tetapi belum berjudul. Album terbaru Peterpan di sisi anggota asal Ukie, Reza, Lukhman dan anggota baru David juga dijangka muncul tahun ini. Ia sepatutnya dilancarkan Julai 2010 tetapi saya dimasukkan ke penjara pada Jun 2010.

Ia sudah lama terperap. Untuk album terbaru ini juga nama Peterpan tidak akan digunakan lagi. Sudah ada nama baru untuk kumpulan kami. Tetapi saya belum dapat mendedahkannya saat ini. Biar ia menjadi rahsia kami terlebih dulu,” katanya yang sejak Januari lalu turut menjalani proses asimilasi yang memerlukannya bergaul dengan masyarakat luar iaitu bekerja selama lapan jam sehari di sebuah firma perunding seni bina sehingga dibebaskan kelak.

Ariel yang bakal menyambut ulang tahun kelahirannya ke-31 pada 16 September ini merengkok di penjara berkenaan selepas didapati bersalah menyebar video lucah dipercayai aksinya sendiri bersama Luna Maya dan Cut Tari, dengan hukuman selama tiga tahun enam bulan.

Bagaimanapun, difahamkan Ariel dijangka diberi pengampunan awal daripada tempoh hukuman ditetapkan (berbaki satu tahun enam bulan).

Sesiapapun yang berada di tempat Ariel semestinya mahu dibebaskan awal dan menempuhi rutin harian seperti manusia lain.

“Kalau ditanya memang banyak benda ingin saya lakukan selepas keluar penjara nanti. Tetapi sejujurnya saya mahu berehat seketika daripada dunia seni dan bertemu kembali keluarga, teman dan anggota Peterpan lain. Malah, sepanjang dua tahun dalam penjara, saya melihat suratan ini sebagai satu hikmah. Mungkin hanya orang yang hidup dalam penjara saja dapat merasainya. Kini saya merasainya. Masyarakat akan anggap saya gila jika tidak menyesali apa yang saya lalui ini.

“Cuma, kesempatan berada di sini juga tanpa diduga menjadi ruang terbaik untuk saya lebih mendekatkan diri dengan Tuhan. Ertinya, hubungan saya dengan Tuhan yang selama ini diambil ringan juga mulai berubah. Saya lebih mensyukuri nikmat hidup,” katanya yang turut berpeluang menghabiskan buku bacaan tebal yang selama ini tak pernah sempat dihabiskan dek sibuk dengan komitmen bersama Peterpan.

Menurut pihak PT Musica Studio’s, biarpun belum dibebaskan, sudah ramai promoter dan penganjur acara hiburan menghubungi pihaknya bertanyakan bila tarikh Ariel keluar penjara kerana mahu menawarkan persembahan untuk Ariel dan Peterpan.

Friday, March 30, 2012

Pelajar maut dalam nahas di Gerik

Seorang pelajar maut selepas motosikal yang ditungganginya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Batu 6 Kampung Bandariang, Gerik, malam tadi.

Ketua Polis Trafik Perak, Deputi Superintendan Mohamad Roy Suhaimi, berkata Mohamad Asnawi Ahmad, 16, yang mengalami cedera parah di kepala meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Gerik.

“Nahas berlaku pada jam 9.15 malam ketika Mohamad Asnawi dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Bandariang dikatakan bergesel dengan sebuah kereta yang datang dari arah bertentangan,” katanya ketika di hubungi, hari ini.

Mohamad Roy berkata, akibat kemalangan itu, Mohamad Asnawi tercampak di atas jalan dan mengalami cedera di kepala.

Pemandu kereta terbabit yang tidak mengalami kecederaan kemudian membuat laporan polis.

Thursday, March 29, 2012

adoi... paten3 !!!




Morning.. Salam 1 Malaysia...



okey...nak mula dah ni... nk mula dah ni cite.. kah3 ... semua yang kenal "fatin mahadi" mesti tau yang dia ni suke nyayi .. right?? tak kesah lah kat mana2 pun.. kalau rase tekak dah gatal mesti nyayi nye lah kan ....
korg suke ke tak.. fatin still nak nyayi... LALALAA !!!

hanya untuk kamuuuuuu~

faten mmg suke menyayi ... NONE STOP YO!!!



OKEY ...pagi tadi lepas kerja dah siap saje je nak g depan tengok sakinah buat ape ... dia pun ngah buat kerja untuk list paper untuk tahun 2012 ni lah kan ..... pastu sakinah ajak makan nugget =..= '  
aiyakkk makan pulak... bukan ngah buat kerja ke ?? tak pelah.. makan la skali ..

nyum3 .......


lepas dah kenyang tu ...kebetulan ade lagu best .. xpasti lah lagu ape .. mcm lagu exists .... alah yang lirik die mcm ni = SAYANG BUKANYA SEHARI DUA....
ha mcm tu la kan .....
ni radio la kan.. tibe2 plak nak putar lagu best ... ape lagi dah lepas kenyang tu sedap ah kan kalo ak menyayi ......

ha kau !! mcm ni skali ... tpi xde la sampai duduk mcm ni en .. just terbongkok2 sikit jela kan ....
bukan ape sbb nak ELAK DARI CCTV NAMPAK  kang kalo nampak sangat mau kene turun alaun.... kah3.. (ade aku kesah) ...

ha kau !! makin SYOK budak paten ni nyayi ..(habislah )
pung pang pung PANG !!!!!!! (suara nyayi la konon)
dah syok punya nyayi tak perasan tangan ade kat meja RECEPTIONIST tu ...sekali nak membongkok sebab lagu tu NOTE TINGGI kott  ... konon nye ! feeling habis dah tu .. sampai
mata pun dah pejam en.. sbb syok sgt HAHAHAHAHA.........
sekali kau !! amek kau, tetarik meja receptionit yg gedabak tu .... separuh tumbang kau !!

HA ! mcm ni lah lebih kurang besar dia ... BERAT bende ni.. aku pun xphm mcm mne la
boleh nak tumbang meja ni ??? =..= ....
xpun sbb suara xsdap kot .. KAHKAHKAHKAH !!  ... tapi mmg gelabah kau .. telephone semua
ada kat meja tu .. telephone ada dalam 3 ..... fail2  byk ah ...adoi  !! nasib baik tak tumbang semua,,,
nurul & ak dah gelak gile ah .. HAHAHHAAH....
tu la syok sgt nyayi ..... kan dah dapat ..... gelak pun kene cover sbb dekat situ ade CCTV..
dah xtahn sgt smbung gelak kat dalam  ....




tu lah lain kali nak nyayi make sure tangan tau ade kt mana... sampai tetarik meja receptionist kau....
kalau ade orang lagi lah.. tak tau nak cakap ape da .....



ok lah .... nak pukul 1 dah ... nak g lunch ...tatata tititi tututut ...


Apek, Liuniey hiasi iklan wangian Siti

KEMUNCULAN penjaga gol Harimau Muda, Khairul Fahmi Che Mat atau lebih dikenali dengan panggilan Apek, serta gadis yang pernah dikaitkan dengannya iaitu Nur Eilunie Natasha Nazri atau Liuniey di lokasi penggambaran iklan tiga wangian terbaru keluaran SimplySiti iaitu Pure, Memoir dan Precious, menimbulkan pelbagai spekulasi serta tanda tanya.
Sewaktu gosip kononnya Fahmi menjadi punca Liuniey putus tunang dengan pasangannya tersebar, kedua-duanya bermati-matian menafikan perkara berkenaan. Malah Liuniey ketika ditemubual mengakui terkejut kerana hal terbabit langsung tiada kaitannya dengan ahli sukan terkenal itu.






Justeru, apabila mereka berdua berada di lokasi penggambaran, timbul pertanyaan apakah gosip yang tersebar sebelum ini adalah benar? Apakah Apek dan Liuniey memang mempunyai hubungan intim, tetapi sengaja dirahsiakan? Namun apabila persoalan itu diajukan kepada penerbit iklan berkenaan, Datuk Siti Nurhaliza, dia menafikan kemunculan pasangan itu dalam iklan wangiannya sebagai satu pengesahan mereka memang bercinta.

Tegas Siti yang juga Presiden SimplySiti Sdn Bhd, pihaknya juga tidak berhasrat menangguk di air keruh, dengan mengambil kesempatan atas kontroversi yang menimpa mereka sebagai perencah iklan terbabit.

“Kami sedar, apabila iklan ini menampilkan Khairul Fahmi dan Liuniey sebagai sebahagian daripada pelakonnya, mesti ramai yang beranggapan kami sengaja memilih mereka berdasarkan kontroversi yang dilalui pasangan itu sebelum ini. Bukan saja Apek dan Liuniey yang akan berlakon dalam iklan ini, tetapi kami juga menggunakan khidmat dua lagi bakat baru iaitu ahli korporat muda, Pengurus Akaun di Naza Italia Sdn Bhd, SM Zul Khalis SM Zulkifli, dan Pengarah Kumpulan Ibex, Mohamed Adam Yahya.

“Apek dipilih untuk mewakili minyak wangi yang menonjolkan elemen aktif dan ceria, sesuai dengan statusnya sebagai ahli sukan. Dalam iklan ini, tiada babak membabitkan mereka berdua. Itulah juga syarat dikenakan kepada kami sebelum kedua-duanya setuju untuk membintangi iklan ini,” kata Siti ketika ditemui pada sesi penggambaran komersial wangian itu, di Bandar Sri Damansara, Isnin lalu.
Menurut Siti lagi, pemilihan Liuniey sebagai watak utama dalam iklan itu bukanlah dibuat secara suka-suka, tetapi gadis berusia 21 tahun itu perlu menjalani uji bakat, sama seperti calon lain.

“Memang kami akui, kami mengenali Liuniey berdasarkan cerita membabitkan dirinya dengan Apek. Namun, pemilihannya bukanlah disebabkan kontroversi itu semata-mata. Ketika sesi uji bakat, dia menunjukkan lakonan cemerlang apabila berjaya mempamerkan pelbagai ekspresi mengikut mood dikehendaki.

“Iklan ini memerlukan dia banyak bergerak, jadi kebolehannya dalam bidang tarian memberi kelebihan padanya untuk membawakan watak gadis misteri itu. Ternyata pilihan kami tepat kerana dia bukan saja bagus dari segi lakonan, malah Liuniey mempunyai komitmen dan disiplin amat baik. Sekurang-kurangnya impiannya untuk bergelar pelakon iklan tercapai dengan kemunculannya dalam komersial ini," ujar Siti.

Bagi Liuniey, walaupun pada awalnya dia gementar kerana bimbang kemunculan dalam iklan itu akan membuatkan isu membabitkan dirinya dan Apek kembali dibangkitkan, namun dia akhirnya mengambil prinsip berani kerana benar.

“Antara kami memang tiada apa-apa. Jadi, untuk apa saya perlu rasa takut atau bimbang? Lagipun, ibu saya ada menemani saya di sini dan dalam iklan itu, memang tiada babak yang menemukan kami berdua. Cukup-cukuplah dengan apa yang sudah disebarkan sebelum ini. Berilah saya peluang untuk menumpukan perhatian pada perniagaan dan juga kerjaya baru saya ini,” pinta gadis jelita ini.

Sementara itu, Apek yang kelihatan tenang sepanjang penggambaran itu berkata, apa yang perlu dilakukan adalah sentiasa bersikap profesional.

“Saya tiada masalah untuk berlakon dalam iklan ini walaupun mungkin ada pihak yang akan mengaitkannya dengan kontroversi sebelum ini. Kita harus bersikap profesional. Lagipun antara kami memang tiada hubungan apa-apa, jadi tak ada apa yang perlu dirisaukan,” ujar jejaka berusia 23 tahun ini.

Iklan arahan Casper sepanjang 30 saat itu bakal ditayangkan buat julung kali pada malam kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 yang dipancarkan secara langsung di saluran TV3, 8 April ini.

Meraung selepas dijatuhi penjara 10 tahun

Seorang bekas kakitangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menangis dan meraung di Mahkamah Sesyen semalam, selepas dihukum penjara 10 tahun apabila didapati bersalah menyebabkan kematian anak teman wanitanya, bayi berusia dua tahun, dua tahun lalu.

Hakim Rosbiahanin Arifin membuat keputusan di akhir kes pembelaan itu terhadap Mohd Jamil Teh Kamarudin, 28, berkuat kuasa semalam dan tidak membenarkan pelaksanaan hukuman penjara ditangguhkan untuk membolehkan rayuan dikemukakan ke Mahkamah Tinggi.
Mohd Jamil dituduh menyebabkan kematian dengan cuai ke atas Nur Hazrieq Naufal Abdullah, anak kepada seorang kakitangan bank di alamat Nombor 2-12-14, Pangsapuri Seri Gembira, Jalan Trolak 9, Taman Bamboo, Jalan Ipoh di sini, antara 27 Mei 2010 hingga 3 Jun 2010.
Dia didakwa mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara maksimum 30 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.


37 tahun kayuh basikal hantar bekal

Warga tua teruskan rutin sediakan makanan meskipun suami sudah meninggal 1975





GERIK: Hampir setiap hari sejak berpuluh tahun lalu, Saadiah Abdullah akan mengayuh basikal sejauh lima kilometer ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gerik untuk menghantar bekalan makanan kepada suaminya yang bertugas di balai itu.
Dia melakukannya demi kasih sayang dan kesetiaan kepada suaminya, Alias Nik Daud. Kini, selama 37 tahun selepas suaminya meninggal dunia dalam serang hendap komunis di Temenggor dekat sini pada 1975, beliau masih mengayuh basikal setiap hari kecuali jika tidak sihat untuk menghantar makanan.
Namun, kini makanan berkenaan bukan untuk suaminya, tetapi kepada sesiapa saja anggota polis yang bertugas di balai berkenaan.

Wednesday, March 28, 2012

Balik umrah, Abby berubah ( bagos3 !! )







NIAT pelakon Abby Abadi, 34, untuk berhijrah dengan memakai tudung sudah lama terpendam di hati. Namun ibu tunggal kepada tiga anak comel itu bimbang jika terlalu digembar-gemburkan kelak, ia akan memakan diri.

Bagaimanapun kunjungannya ke Tanah Suci untuk menunaikan umrah pada 15 hingga 26 Mac lalu akhirnya mempermudahkan niat sucinya itu.
Menurut pelakon itu, selama ini dia enggan dituduh mempersendakan agama dalam soal bertudung.
Akuinya, dia khuatir melakukan hijrah itu atas desakan mahupun tuntutan semasa, sebaliknya mahu ia berlaku atas kerelaan sendiri.

“Takut juga kalau terjadi senario sekejap pakai dan sekejap buka tudung. Tetapi alhamdulillah, dua hari sebelum kembali ke Kuala Lumpur, di depan Kaabah, saya nekad untuk bertudung sekali gus berdoa semoga Tuhan tetapkan iman saya untuk kekal begini buat selama-lamanya. Segala-galanya dipermudahkan.

“Saya juga berharap perubahan ini tidak akan menjadi masalah atau beban kepada orang sekeliling.

Apatah lagi hal bertudung ini sering diperkotak-katikkan, terutama apabila ia membabitkan individu yang memilih kerjaya seni untuk mencari rezeki,” katanya sambil memberitahu, sekalipun sudah bertudung, kerjaya seni tetap berjalan seperti sedia kala.
Mengenai kesempatan indah menunaikan umrah buat kali pertama itu, ibu kepada Mohamed Danish Hakim, 9, Marissa Dania Hakim, 7, dan Maria Danisha Hakim, 4, ini bersyukur kerana kembara dan ibadatnya di sana berjalan lancar. Bahkan secara tidak langsung, Abby ke sana seperti membawa hatinya yang lara.

Kata Abby, jika diikutkan, sebelum ini dia memang memasang azam untuk ke Tanah Suci, tetapi mungkin serunya belum tiba ketika itu.

Ada saja halangan yang tiba, termasuklah visa yang dimohon tidak dapat diluluskan.

“Namun syukurlah, kali pertama menjadi tetamuNya, kesihatan saya di sana senantiasa baik. Saya juga sempat menunaikan umrah sebanyak tiga kali, mencium batu Hajarul Aswad dua kali, dapat menyentuh Kaabah, memasuki Raudhah dan banyak lagi. Perasaan berada di sana juga tidak dapat digambarkan dengan kata-kata dan saya teruja akhirnya digerakkan juga ke Tanah Suci Makkah selain Madinah.

“Saya juga tak terkilan sekalipun sebelum ke sana, tawaran berlakon datang mencanak.

Hampir lima ke enam tawaran berlakon saya terima, tetapi terpaksa saya tolak secara baik kerana pihak produksi tidak dapat menunggu. Tetapi saya tak ralat dan percaya rezeki tetap ada, insya-Allah.

“Apa yang saya lalui termasuk perpisahan dengan Zul Ariffin juga barangkali sedikit sebanyak mempercepatkan agenda saya ke sana. Saya ke sana pula bukan atas alasan membawa hati yang kecewa. Sebaliknya sebagai orang Islam, mengerjakan umrah menjadi tuntutan buat kita,” kata Abby.

hilang2 budak skrg ni .... agaib ... ffuhhh layannn



Usia 9 hingga 22 tahun paling ramai hilang 2011
Kanak-kanak dan perempuan berusia sembilan hingga 22 tahun adalah paling ramai dilaporkan hilang oleh ibu bapa atau penjaga mereka sepanjang tahun lalu, membabitkan 726 daripada 1,097 orang.

Statistik Bukit Aman menunjukkan setakat ini, 406 daripada mereka termasuk 273 perempuan sudah ditemui semula, manakala 691 lagi termasuk 453 kanak-kanak dan remaja perempuan masih belum ditemui dan usaha mengesan mereka masih dijalankan.
Hasil soal siasat ke atas mangsa yang sudah ditemui semula dan keluarga mangsa yang masih hilang mendapati kebanyakan mangsa hilang disebabkan lari dari rumah kerana mengikut teman lelaki selain tinggal berasingan bersama ibu atau ayah selepas berlaku perceraian.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Bakri Zinin, berkata dalam tempoh itu remaja wanita berumur 14 hingga 17 tahun adalah paling ramai dilaporkan hilang, iaitu 333 kes dengan 147 daripada mereka sudah ditemui semula.

“Punca kehilangan kebanyakan kanak-kanak dan remaja perempuan adalah disebabkan lari mengikut teman lelaki sama ada rakyat tempatan atau warga asing, pengaruh rakan serta inginkan kebebasan kerana mahu lari dari masalah keluarga.

“Kejadian ini pasti tidak akan berlaku sekiranya semua pihak terbabit terutama ibu bapa, penjaga dan masyarakat bersama-sama memainkan peranan dengan memberikan perhatian bagi mendalami permasalahan yang dihadapi kanak-kanak dan remaja masa kini.



amboi ... nk nikah dah... 04 meri 2012 ..... tahniah2!!






TIADA lagi teka-teki apabila pasangan yang sudah lebih dua tahun menyulam cinta, Scha Alyahya, 28, dan Awal Ashaari, 30, sepakat memilih 4 Mei ini sebagai tarikh akad nikah yang bakal berlangsung di Hotel Pullman Putrajaya, jam 8 malam.

Pada sidang media khas di Ampang, semalam, mereka juga mengumumkan majlis persandingan kedua-dua belah pihak akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), dua hari kemudian.

Tuesday, March 27, 2012

rumah mawi kene PECAH MASUK :O !!!








Juara Akademi Fantasia ke-3 (AF3), Asmawi Ani atau Mawi hanya memikirkan keselamatan bayinya, Cahaya Malaika yang berusia sebulan sebaik dikejutkan perompak yang mengacukan parang ke mukanya.

Dia yang baru melelapkan mata sebaik tiba di kediamannya di Bangi Golf Resort, di sini, pada jam 2 pagi semalam selepas menyertai Konsert Jelajah Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2011 di Pasir Gudang, Johor, bimbang empat lelaki bersenjatakan parang itu mencederakan anak sulungnya itu.
Bagaimanapun, Mawi berkata, dia bersyukur apabila melihat perompak terbabit tidak mengapa-apakan anaknya yang tidur nyenyak.

Menceritakan detik cemas itu, Mawi, 31, berkata, empat lelaki warga asing terbabit dipercayai memecah masuk banglonya melalui tingkap tepi yang tidak mempunyai gril selain menggunakan tangga untuk memanjat pagar.

Monday, March 26, 2012

pagi yang serabut mabut ~


selamat pagi semua

selamat pagi Sri Gombak !!!

kol 7.40 am.. masa untuk pergi ke kerja ~ dengan senyum yang indah ~ TIBA2 !! AIKKKKK !!!!

AIK !!!!!!!!!!!

jiran aku ni xkeje ke ??? ade taxi kat depan uma.. betol2 xle nk kua dari umah... nk bukak pagar lagi la .. mmg xle langsung la... adoii =..=' dah la ni hari isnin ... kene awal sikit dari hari biasa... xpela... start engin pastu HON !!!!!!!!!!!!!!!!!!  la xbangun jgk !! pelik btol la ah !!

TON TON !!!!!!!!!!!!! (dlm 6 minit gak lah)


pastu mak cik jiran pun suh g depan umah die.... umah die dah la pagar tak berkunci... terbukak pulak tu.. dah macam rumah berhantu .... ape punye orang la...ak pun g lah depan umah pagar die.. ketuk mangga SOLEX die tu kt pangga die.. kuat wei bunyi !!! xbangun2 jgk... yg klaka nye aku sempat agi bergosip2 ngan mak cik sebelah rumah aku tu.. POT PET POT PET ...

mcm ni ha.... padahal dah lambat nk g office...


 
tibe ak mengeluh ADOI !!!! MENYUSAHKAN LA DIE NI !!!! kt jiran ak tu lah... tak bangun2 pulak tu .... PELIK TOL ... sekali ak ckp "BOLEH TOLONG ALIHKAN KERETA TAK?? " .... baru la nampak sepasang kaki GELAP turun dari tangga ! mcm kaki hantu .!!!!


kalo kaki mcm ni selera la jgk nk memandang...


dah mamai2 ak tgk org ni bangun... orang india... betol2 meyusahkan orang betul la.. jiran2 semua keluar tgk.. eii memalukan btol... dah la lambat.. pastu parking kt office semua penuh.. eiii!! benci la ah! menyusahkan betol 


amek kau! hahahhhah


tu lah lain kali jgn la parking2 dpan rumah orang kan dah kene ngan aku...
wekkkk3 ....



ok lah... ade keje sikit... weeekk3 .. hahhahahah ....

Wslm~~

Wednesday, March 21, 2012

dunia oh dunia~~ kisah rebut staf pulak ..

Seorang kakitangan sebuah bank di Jalan Pegawai, di sini, tergamak memukul rakan baik sendiri menyebabkan mangsa koma hanya kerana "cemburu" dan tidak puas hati melihat hubungan baik mangsa dengan seorang kakitangan wanita yang bekerja di bank sama.
Dalam kejadian jam 3 petang kelmarin, mangsa, Mohd Khairul Faiz Mohd Sobri, 22, terpaksa menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), selepas mengalami kecederaan serius di kepala akibat dipukul dengan objek tumpul.
Kejadian berlaku di kawasan letak motosikal di bangunan bank berkenaan ketika mangsa baru tiba dari Pulau Pinang selepas menghadiri mesyuarat dengan beberapa rakan sekerja sebelum mangsa bertemu dengan suspek berusia 20-an berhampiran sebuah premis di bangunan bank berkenaan.

Difahamkan, mangsa dan suspek dipercayai rakan baik dan sering bersama sebelum ini, namun disebabkan mangsa rapat dengan seorang kakitangan wanita di bank berkenaan menyebabkan suspek cemburu hingga berlaku perselisihan faham.
Macam-macam hal la...kerana perempuan habis persahabatan ... kesian kwn die... lagi pun mcm la pompuan tu nak kat laki tu... lahai~~
MOHD KHAIRUL...dihentak objek tumpul
MOHD KHAIRUL...dihentak objek tumpul
ha ni ape kes plak !!! adoi kasi wrestling sama die ....

Tuesday, March 20, 2012

KES CULIK MENINGKAT DI MALAYSIA ?!!

Remaja 14 tahun dari Shah Alam berjaya lari daripada sindiket pelacuran antarabangsa

Seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang di Shah Alam ditemui dalam keadaan kepenatan di Stesen Kereta Api Hua Lampong, Bangkok, 11 Mac lalu selepas berjaya melarikan diri daripada sindiket pelacuran antarabangsa yang dipercayai menculiknya.
Remaja berusia 14 tahun itu diselamatkan Polis Thailand yang menemuinya bersama lima lagi mangsa warga Myanmar, Mangsa dilaporkan hilang dari rumah keluarganya di Seksyen 8, Shah Alam sejak sebulan lalu, menghubungi ibunya sehari selepas diselamatkan dan memaklumkan kejadian menimpanya sebelum ibunya bergegas ke Bangkok untuk proses pengecaman dan membawanya pulang ke tanah air.

Remaja perempuan itu dilaporkan hilang dipercayai selepas ibunya menurunkannya di sebuah perhentian bas di Seksyen 7, Shah Alam pada 30 Januari lalu. Keluarganya membuat laporan polis mengenai kehilangannya pada 31 Januari lalu.

Duta Besar Malaysia di Bangkok, Datuk Nazirah Hussain, berkata pada hari kejadian, Polis Thailand menghubungi kedutaan memaklumkan penemuan seorang remaja perempuan yang dipercayai warga Malaysia, seterusnya meminta mengesahkan status warga negara mangsa berikutan tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui bersamanya.

“Bertindak atas maklumat itu, pegawai kedutaan dihantar ke pusat tahanan imigresen yang menempatkan remaja terbabit bagi proses pengesahan. Hasil pemeriksaan mendapati mangsa adalah remaja perempuan yang dilaporkan hilang di Shah Alam.
“Kita menghubungi ibunya memaklumkan kejadian itu sebelum membantu membawa ke Bangkok untuk proses dokumentasi dan urusan penghantaran pulang,” katanya ketika dihubungi malam tadi.

Katanya, pihak kedutaan memberi kerjasama penuh kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Polis Thailand dalam siasatan kes berkenaan yang dipercayai didalangi sindiket pelacuran antarabangsa.

“Kita sudah menyalurkan maklumat berkaitan kepada PDRM dan Polis Thailand untuk siasatan lanjut. Identiti mangsa terpaksa dirahsiakan atas faktor keselamatan, malah remaja terbabit dipercayai mempunyai banyak maklumat bagi membantu siasatan, khusus dalam mengenal pasti identiti penculiknya dan anggota sindiket terbabit,” katanya.

Beliau turut mengesahkan remaja terbabit selamat dihantar pulang ke tanah air dengan penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi, Bangkok malam tadi dengan diiringi ibunya, selain beberapa pegawai polis dan imigresen Thailand.

Sejurus mendarat kira-kira jam 8.50 malam tadi, mangsa dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Petaling Jaya.

Di SHAH ALAM, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah, berkata remaja terbabit dilaporkan diculik bersama lima lagi mangsa dari Myanmar sebelum mereka berjaya melarikan diri dari tempat kurungan dan ditemui pihak berkuasa Thailand.

“Pada 12 Mac lalu, seorang wanita berumur 37 tahun dari Seksyen 8, Shah Alam membuat laporan polis di Balai Polis Seksyen 11, Shah Alam memaklumkan menerima panggilan telefon daripada anak perempuannya yang sebelum ini dilaporkan hilang bersama lima kanak-kanak Myanmar dipercayai diculik sebelum dibawa ke Thailand,”


Duta Besar Malaysia di Bangkok, Datuk Nazirah Hussain, berkata pada hari kejadian, Polis Thailand menghubungi kedutaan memaklumkan penemuan seorang remaja perempuan yang dipercayai warga Malaysia, seterusnya meminta mengesahkan status warga negara mangsa berikutan tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui bersamanya.


Saturday, March 17, 2012

ANNOYING

Salam.. selamat pagi semua :)

ade xsesiapa ade peminat misteri :O ... or pengikut yg setia.. SETIA SANGAT smpi anda pun rase mcm erkkkk .. macam... macam SERAM??? ade??
now de story begin... blog ni baru je nk diupoad kisah2 dongeng diriku lah kan... pagi tadi bukak je blog ade dpt email "Hello Fatin Mahadi anda ada messege dari blog, sila buka blog anda untuk memastikanya"
aku pun bukak la kan konon2 nye ade peminat... KONON NYE peminat.. padahal eiii
mcm ni la muke aku bile bukak blog....

 sape plak yg komen ni ... (wondering) who??? who?? and WHO???!!!  da la komen yg membosankan & xtinggalkan nama... senanye da dpt tangkap da sape tu... sje je wat xtau.... malas melayan.. pape pon mmg xsuke die dok meyemak kt Blog aku ni.. eii benci

ha mcm ni ha.. B E N C I !!

 
jadi ak pon membuat keputusan untuk tukar name blog.. ak tau die engat name blog aku tu yang aku tuka je name terus! SETTEL... kalo ak wat private paya plak ak nk mintak email sorg2... letih la.. ah!  smpi nk muntah letih die .
weekkk !!!

tu la .. len kali kalo nk follow pon jgn la sampai menakutkan ... follow mcm biase dah la.. ni .meyeramkan.... 
takut mak...;D


ok lah... dah nak masuk kol 13.00pm ..... diriku dan dirinya nak balik dah~~ tatatta....

Friday, March 16, 2012

perut aku .. tolong =..=''



Salam.. selamat petang yg kesejukan di dalam bilik yang dilengkapi dengan penghawa dingin dari mane tah sejuk betol wei !!!!!
                                                                     mcm ni ha ... adoiii

tapi xpelah.. tu bkn persoalanye... perut aku ni ha.. senak masuk hari ni dah genap 2 hari...


adoiii... bile duduk ok... tpi duduk macm mane tau??? mcm gonggok dah kt kosi ni... seb bek kosi yg ade bantal2 tu.. kalo kayu OR plastik mmg dah bekas2 lah jawab nye kulit ni... bile dah syok duduk.. tibe2 kalo nk bgun mmg PERHHHH !!!! ADOIII mcm org nk teberanak !!

ni ha tekepit muke kalo nk menahan... aku pon pelik la ape punca boleh sakit mcm ni =..= '' Ya Allah~~

esok2 baik lah ni agaknya... sakit die xde la terus2.. die kadang2 ade kadang2 ok.. nk wat keje bole je.. tpi little bit annoying la kan ...


hahahhahaha... by de way senanye kt office keje dah siap.. tu yang bile bukak bloG kesian tgk die.. dah bedebu x diupload~~ dah tukar design sume baru segar nk bukak blog lepas ni.... :)))))


                                                                    senyum lebo ha.... :D 

ok lagi bape minit nk kol 17.00 pm ... nk shut down PC.. nk matikan penghawa dingin yg Ya Allah~~~ sejuk .. bersyukur sgt =..='   xpaya g luar ngara.. meh dtg ramai2 kt sini.. duduk la 3 minit pon jadilah.. sejuknya~~ Ampun~~~

okey nk cau... nk g kdai kete jap... jeng3... buat ape ha... nk g cari brg skit.. & tatata tititi tututut

Thursday, March 8, 2012

Ziana Zain mengaku suntik Kolagen ke bahagian muka (1 gambar)

Penghujung tahun lalu, khabar angin pernah mengatakan bahawa penyanyi popular Ziana Zain,45 telah menerima suntikan di wajah. Bagaimanapun, perkhabaran itu senyap seketika bak angin lalu.
Namun, ketika sidang media Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011, kelmarin, tanpa berselindung, Ziana Zain yang cukup berseri-seri mengakui bahawa dia telah mendapatkan nasihat doktor pakar kecantikan bagi meneriman suntikan kolagen pada Ogos lalu pada beberapa tempat tertentu di wajahnya.




Nora Danish sudi ucap tahniah kepada Jejai untuk berkahwin

Yo! Walaupun berita tak berapa nak hawt tapi ia satu perkembangan yang baik buat Nora Danish kerana melalui akhbar Harian Metro hari ini, dia sudi mengucapkan tahniah kepada bekas suaminya yang akan berkahwin bulan April ini dengan seteru perampas, Fasha Sandha.
Nora Danish dan Jejai pernah mendirikan rumahtangga pada tahun 2006 dan dikurniakan cahaya mata, Putra Rayqal Ramli Rizal Ashraf yang kini sudah berusia 3 tahun.
Jelas sekali dengan info ini, kami dapat lihat Nora Danish bersikap optimis menjawab perkara ini. Adakah dia juga sedang dilamun cinta? Kerana sepanjang perkenalan Jejai dan Fasha sepanjang perceraiannya, Nora tidak pernah memberikan respon yang positif mengenai hubungan mereka.