Wednesday, October 13, 2010

kemalangan 10.10.10

Setakat jam 3.00 petang tadi, dilaporkan dalam Utusan Online bahawa jumlah kematian akibat kemalangan ngeri yang melibatkan dua bas(Bas JKM & Bas Ekspres Delima), tiga kereta dan sebuah van di Kilometer 223 Lebuh Raya Utara-Selatan berdekatan Plaza Tol Simpang Ampat, Alor Gajah, Melaka pada 10 Oktober 2010 semalam telah meningkat dari 12 kematian kepada 15 kematian.
12 kematian yang dilaporkan sebelum ini adalah melibatkan mangsa-mangsa yang mati di tempat kejadian manakala 3 lagi mangsa nahas kemalangan , semalam, meninggal dunia hari ini ketika mendapatkan rawatan di hospital. 12 Mangsa yang maut ditempat kejadian terdiri daripada sembilan rakyat tempatan dan tiga warga Myanmar. Nama 12 mangsa yang terbunuh dalam kemalangan ngeri yang menyayat hati semalam ialah:

1. R Ramachandra, 52, dari Kampung Tengah, Klebang Besar;

Penumpang bas ekspres Delima : -
2. Muhammad Farizuddin Talib, 19, dari Balai Panjang, Malim
3. Azizi Ajis, 19, dari Kampung Japis, Nyalas
4. Norazmi Abdul Karim, 24, dari Kampung Pondok Kempas, Selandar
5. Sharene Sofia Fadzry Tan, 18, dari Semabok Perdana
6. Nur Shafika Baba, 29, dari Pokok Mangga.

Warga Myanmar yang kenderaan yang mereka naiki belum disahkan :
7. Pau Khan Tual, 21;
8. Kam Khaw Tual, 28; dan
9. Cin Thawa Tuang, (umur tidak diketahui)

Pemandu van:
10. Goo Chuan Heng, 34, dari Taman Maju, Batu Pahat;

Warga tempatan yang belum disahkan kenderaan yang dinaiki:
11. Pang Shi Moei dari Taman Segar, Segamat, 57, dan
12. Eng Sok Kuan dari Kuala Lumpur, 52

KEMALANGAN MAUT


Polis berkata kejadian berlaku pada kira-kira 6.40 petang apabila sebuah bas ekspres yang menuju ke Kuala Lumpur, gagal dikawal lalu melambung dan memasuki laluan bertentangan.
Bas terbabit kemudian melanggar sebuah van dan menghempap dua kereta lain sebelum melanggar bahagian tepi bas Jabatan Kebajikan Masyarakat yang menuju ke selatan.Sebuah kereta lagi turut terbabit dalam kemalangan itu, namun pemandu dan penumpangnya selamat.
Setakat ini, kesemua mangsa belum dapat dikenal pasti.
Semua mangsa yang meninggal dunia dan cedera dihantar ke tiga hospital berasingan iaitu Hospital Tampin, Hospital Tuanku Ja’afar dan Hospital Melaka.
Kemalangan itu menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk di kedua-dua hala.-BERNAMA














hmm, susah untuk diriku menggambarkan, sesungguhnya ajal , pertemuan semua di tgan Tuhan. . 
Assalamualaikum 

4 comments:

  1. oiittttt!! ngerinye!!!!!! MashaAllah.

    ReplyDelete
  2. bhati-hati d jln rye..
    siez tkut..


    follow kmu:)
    jom singgh

    http://thyyunxthiya.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. Bukan setakat Fatihah je sayang, baca la Yasin sekali klu rajin.. sob..sob... :"(

    ReplyDelete