Thursday, October 14, 2010

3 perkara ?!

Assalamualaikum ~
Hmm, sejak menjak ni banyak bende nak di settel kan dan perlu di hadapinya walaupun pahit >.<
hohoho. pada mulanya diriku sangkakan tidaklah terlalu berat untuk memikirkan rupanya agak berat apabila direnugkan dan difikirkan :(  LETIH Oiiiiiii ~
bermulanya cerita . . . .

Diriku telah masuk kepada III aktiviti yg agak berat untuk ditangguh dan dilakukan , kuang kuang kuang !
diriku telah pun telah melibatkan kepada tarian sabah ala2 zapin la, dikir barat, dan KOIR . . ffuuuhhhhH~
lari sini lari sana untuk membuat praktis untuk menjadi lebih MANTOP !

Jika difikirkan bende2 ni xperlu lah dilakukan BERIA sgt, tpi yg menjadi lebih PANAS la bende2 ni dilakukan pada hari CONVO & mlm 2A , kalau convo 2 semua org tahu kan ??? kalau yang malam 2A tu ialah setiap tahun kolej diriku akan mengadakan mlm 2A, bende2 nye adalah seperti pada malam itu akan diberi TEMA untuk kita semua orang2 yg datang hotel itu memakai pakaian menggikut tema, pada tahun ini temanya adalan "WHITE & RED " so xkira la segala macam pakaian bole dipakai dengan syarat warna pakaian tersebut berwarna PUTIH & MERAH .  .hmm amacam ? best x?? tahun lepas temanya MICHAEL JACKSON  so pakai la segala pakaian yg ala2 MJ, hohohoho agak kelakar laaaa~:'D

KISAH LUQMAN AL-HAKIM DENGAN TELATAH MANUSIA

Dalam sebuah riwayat menceritakan, pada suatu hari Luqman Hakim telah masuk ke dalam pasar dengan menaiki seekor himar, manakala anaknya mengikut dari belakang. Melihat tingkah laku Luqman itu, setengah orang pun berkata, 'Lihat itu orang tua yang tidak bertimbang rasa, sedangkan anaknya dibiarkan berjalan kaki." Setelah mendengarkan desas-desus dari orang ramai maka Luqman pun turun dari himarnya itu lalu diletakkan anaknya di atas himar itu. Melihat yang demikian, maka orang di passar itu berkata pula, "Lihat orang tuanya berjalan kaki sedangkan anaknya sedap menaiki himar itu, sungguh kurang adab anak itu." Sebaik saja mendengar kata-kata itu, Luqman pun terus naik ke atas belakang himar itu bersama-sama dengan anaknya. Kemudian orang ramai pula berkata lagi, "Lihat itu dua orang menaiki seekor himar, adalah sungguh menyiksakan himar itu." Oleh kerana tidak suka mendengar percakapan orang, maka Luqman dan anaknya turun dari himar itu, kemudian terdengar lagi suara orang berkata, "Dua orang berjalan kaki, sedangkan himar itu tidak dikenderai." Dalam perjalanan mereka kedua beranak itu pulang ke rumah, Luqman Hakim telah menasihatai anaknya tentang sikap manusia dan telatah mereka, katanya, "Sesungguhnya tiada terlepas seseorang itu dari percakapan manusia. Maka orang yang berakal tiadalah dia mengambil pertimbangan melainkan kepada Allah S.W.T saja. Barang siapa mengenal kebenaran, itulah yang menjadi pertimbangannya dalam tiap-tiap satu." Kemudian Luqman Hakim berpesan kepada anaknya, katanya, "Wahai anakku, tuntutlah rezeki yang halal supaya kamu tidak menjadi fakir. Sesungguhnya tiadalah orang fakir itu melainkan tertimpa kepadanya tiga perkara, iaitu tipis keyakinannya (iman) tentang agamanya, lemah akalnya (mudah tertipu dan diperdayai orang) dan hilang kemuliaan hatinya (keperibadiannya), dan lebih celaka lagi daripada tiga perkara itu ialah orang-orang yang suka merendah-rendahkan dan meringan-ringankannya."


Wednesday, October 13, 2010

kemalangan 10.10.10

Setakat jam 3.00 petang tadi, dilaporkan dalam Utusan Online bahawa jumlah kematian akibat kemalangan ngeri yang melibatkan dua bas(Bas JKM & Bas Ekspres Delima), tiga kereta dan sebuah van di Kilometer 223 Lebuh Raya Utara-Selatan berdekatan Plaza Tol Simpang Ampat, Alor Gajah, Melaka pada 10 Oktober 2010 semalam telah meningkat dari 12 kematian kepada 15 kematian.
12 kematian yang dilaporkan sebelum ini adalah melibatkan mangsa-mangsa yang mati di tempat kejadian manakala 3 lagi mangsa nahas kemalangan , semalam, meninggal dunia hari ini ketika mendapatkan rawatan di hospital. 12 Mangsa yang maut ditempat kejadian terdiri daripada sembilan rakyat tempatan dan tiga warga Myanmar. Nama 12 mangsa yang terbunuh dalam kemalangan ngeri yang menyayat hati semalam ialah:

1. R Ramachandra, 52, dari Kampung Tengah, Klebang Besar;

Penumpang bas ekspres Delima : -
2. Muhammad Farizuddin Talib, 19, dari Balai Panjang, Malim
3. Azizi Ajis, 19, dari Kampung Japis, Nyalas
4. Norazmi Abdul Karim, 24, dari Kampung Pondok Kempas, Selandar
5. Sharene Sofia Fadzry Tan, 18, dari Semabok Perdana
6. Nur Shafika Baba, 29, dari Pokok Mangga.

Warga Myanmar yang kenderaan yang mereka naiki belum disahkan :
7. Pau Khan Tual, 21;
8. Kam Khaw Tual, 28; dan
9. Cin Thawa Tuang, (umur tidak diketahui)

Pemandu van:
10. Goo Chuan Heng, 34, dari Taman Maju, Batu Pahat;

Warga tempatan yang belum disahkan kenderaan yang dinaiki:
11. Pang Shi Moei dari Taman Segar, Segamat, 57, dan
12. Eng Sok Kuan dari Kuala Lumpur, 52

KEMALANGAN MAUT


Polis berkata kejadian berlaku pada kira-kira 6.40 petang apabila sebuah bas ekspres yang menuju ke Kuala Lumpur, gagal dikawal lalu melambung dan memasuki laluan bertentangan.
Bas terbabit kemudian melanggar sebuah van dan menghempap dua kereta lain sebelum melanggar bahagian tepi bas Jabatan Kebajikan Masyarakat yang menuju ke selatan.Sebuah kereta lagi turut terbabit dalam kemalangan itu, namun pemandu dan penumpangnya selamat.
Setakat ini, kesemua mangsa belum dapat dikenal pasti.
Semua mangsa yang meninggal dunia dan cedera dihantar ke tiga hospital berasingan iaitu Hospital Tampin, Hospital Tuanku Ja’afar dan Hospital Melaka.
Kemalangan itu menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk di kedua-dua hala.-BERNAMA














hmm, susah untuk diriku menggambarkan, sesungguhnya ajal , pertemuan semua di tgan Tuhan. . 
Assalamualaikum