Wednesday, September 1, 2010

berehat sebentar

Antara perkara-perkara yang membolehkan kita mendapat ketenangan dan hidayah daripada Allah swt ialah;
  1. Ikhlas melakukan sesuatu perkara kerana Allah swt & bukan untuk mendapat pujian manusia semata-mata.
  2. Mengenepikan kepentingan diri.
  3. Selalu membaca Al-Quran.
  4. Selalu datang ke masjid terutamanya pada waktu Isyak & Subuh.
  5. Selalu berdamping dengan orang-orang Alim.
  6. Selalu menghadiri majlis-majlis ilmu seperti sambutan Maulidur Rasul, kuliahagama dsb.
  7. Tidak melakukan perkara-perkara yang menyekutukan Allah swt.
  8. Jangan mengadu akan masalah kita kepada manusia yang jahil sebaliknya mengadulah kepada Allah swt.
Assalamualaikum buat semua. Moga kita makin bersemangat dan seronok untuk meneruskan ibadah puasa yang dah masuk hari ke-20.
Dalam Al-Quran Allah swt ada menyebut pelbagai ujian ke atas manusia. Secara umumnya, ada 4 jenis ujian yang diberikan Allah swt kepada kita sebagai hambanya;
PERTAMA : UJIAN MENTAATI PERINTAH ALLAH SWT
Contoh ujian ialah seperti solat, puasa, membayar zakat, mengerjakan haji, menutup aurat, berkata baik dan lain-lain. Perkara-perkara ini memang amat berat untuk dilakukan oleh umatislam zaman sekarang walaupun mengetahui akan hikmah, manfaat dan kebaikkannya. Sesiapa yang patuh akan perintah Allah swt, sesungguhnya mereka itu akan beroleh kenikmatan dan kesenangan di hari akhirat kelak.
KEDUA : UJIAN MENJAUHI LARANGAN ALLAH SWT
Minum arak, mencuri, zinabuang bayi, mengumpat, berbohong, tikam nombor ekor dan lain-lain. Walaupun perkara-perkara ini nyata ditengah dalam ajaran agama islam, tetapi ramai yang gagal untuk mengawal nafsu sendiri lantaran cenderung untuk melakukannya. Lihatlah kes buang bayi dan orang tua yang tidak ada kesudahannya.
Anak-anak remaja yang masih bersekolah sudah pandai menghisap rokok, menghisap dadah dan meminum arak. Akibatnya mereka mudah terlibat dalam kegiatan yang tidak bermoral seperti pergaduhan, lumba haram dan pergaulan bebas.
KETIGA : UJIAN KEBAIKKAN (NIKMAT)
Contohnya nikmat kekayaan, anak-anakisteri yang cantik, kesihatandan pelbagai nikmat hidup. Firman Allah swt yang bermaksud; “Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya antara isteri-isterimu dananak-anakmu ada yang menjadi musuh bagimu. Maka berhati-hatilah kamu terhadap mereka dan jika kamu memaafkan dan tidak memarahi serta mengampuni (mereka), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang” (Surah al-Taghabun 64: 14)
KEEMPAT : UJIAN KEBURUKAN (MUSIBAH)
Contohnya miskin, sakit, hilang pekerjaan, kematian, gagal dalam perniagaan dan sebagainya, sebagaimana yang ditegaskan oleh Allah swt menerusi firman-Nya yang bermaksud; “Dan sesungguhnya Kami akan berikan cubaan kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berilah berita gembira kepada orang yang sabar, (iaitu) orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un. Mereka itulah golongan yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat daripada Tuhan mereka, dan mereka itulah orang yang mendapat petunjuk” (Surah al-Baqarah 2: 155-157)
Semua yang dinyatakan di atas adalah ujian bagi menentukan sama ada seseorang itu beriman atau sebaliknya. Allah swt sebagai Pencipta semua mahluk di dunia, Maha Mengetahui keadaan manusia yang selalu lalai dan leka. Lalu Allah swt menghendaki agar kita tidak tertipu dan terpengaruh dengan kenikmatan dunia serta segala kesenangannya.

1 comment: