Monday, September 6, 2010

apa cerita ni??? Lady Gaga TAKUT dgn Telefon ??!!


PENYANYI yang sering berimej pelik, Lady Gaga (gambar) bertekad ingin mengurangkan kekerapannya menggunakan telefon bimbit, setelah menyedari kesan dan bahaya alat telekomunikasi itu.

Penyanyi lagu Telephone ini mengaku sangat takut dengan radiasi yang dipancarkan dari telefon bimbit.

Dia yang baru mengetahui tentang perkara itu, sering meminta seseorang untuk menjauhkan telefon bimbit dari kepalanya ketika sedang berbual di telefon.

"Dia baru sahaja mengetahu tentang penggunaan yang kerap akan meningkatkan risiko penyakit kanser otak. Biarpun belum terbukti, dia benar-benar mempercayainya," kata seorang sumber.

Tambahnya, Lady Gaga tidak akan menggunakan telefon terlalu dekat dengan kepalanya dan lebih senang menggunakan alat pendengar.

Manakala, menurut salah seorang pekerja pengurusan Lady Gaga, permintaan itu merupakan salah satu daripada beberapa tuntutan aneh yang pernah dimintanya.

"Semua orang di sekelilingnya cuba untuk bertoleransi dengan perilakunya yang aneh dan menjengkelkan itu," kata sumber tersebut.

2 comments: