Tuesday, September 14, 2010

Raya Mari~

ha ! hari ni da raya yang ke-5  . . .Alhamdullilah syukur ke hadrat ilahi . . hari raya berjalan dengan lancarnya walaupun pada raya yang pertama hari agak mendung dan seperti mahu hujan, tapi xhujan pun hanya mendung mungkin ini rahmat dari Tuhan setelah sebulan kita bertarung untuk berpuasa dan menyambut hari kemenangan dengan cuaca yang baik dan mendung. . . Thank you Allah . . .
hmm ni antara gambar2 yang telah berjaya ditangkap sewaktu hari raya. .

Dirasmikan dengan gambar kedua ibu bapaku. . hmm nampak xkotak yg kat tgn bapaku tu?? tu kotak jam casio yang terbaru iaitu edisi edifice . . da cri kt intenet gmbo ni tpi byk pulak jenis pas tu edifice ni semua limited edition . . lahai. . da pot pet lupe lak jam tgn tu diberi oleh diriku sempena hari raya ni. . huhu



Ni pula abang ku yang pertama M.Faiz nama diberi. . garang?? dulu memang garang cam SINGA . . sekarang da xda mungkin sbb umur makin meningkat HAHAHAHA!! alamak!! seb baik la beliau xde BLOG kalo xmesti habis aku kene belasah (dush dush), waktu ni kat kmpung die jalan2 belakang uma nenek diriku untuk tgk suasa kmpung & ayam2 nenek aku yg degil2. . hehe :D  . . pandai je ckp aym2 2 degil cam la penah borak2 ngn ayam2 2. . hua hua hua  . . eh jap2. .mase abg diriku jln2 ayam xde pon. HAHA! semua lari nmpk abg diriku yg garang ni. . hua hua hua. . .xde la ayam semua nenek diriku da sorok takot n3 ada budak2 curi, mcm la COMEL sgt muke ayam2 nenek ku 2. . huhu



Ha ! yg perempuan 2 jiran sebelah uma, tbe2 dtg nk mek gamba sbb ternampak diriku pkai DSLR. . HAHAHHA!! xde la 2 kakak diriku umo die 2* huhuh hahahha heheh. . .maluu~ xde la 26 da insya'Allah akan menlanjutkan PHD di jorDan . . eleeh jordan :p    . . .
eh! lupe lak org kt sebelah tu, lelaki yang kt sebelah 2 abang diriku yg ke-3 . . yg kat atas 2 abang First, abang ke-2 sombong skit xmo bgamba eleh cm la ensem sgt huhu. . xde la die xnk bgamba xkan nk HERET pluk kang jadi cam cite "Suster Ngensot" eeeeiii !!!! jgn2 . . .



Ni abg ku yg ke 3, yg kat atas tadi 2 :)



ni un org same da. .. hehe, ni kt tepi uma.



Ha !, ni gmba org len lak. .ni abang ku yg last kirenye ni abang ku yg ke-4 la. . ei budak ni RAJIN kalah anak dara. . tol. . hhahhaha. . . sbb nye semua lampu, kipas ke segala benda la die la yg tolong. . yela tggi pun tggi, ringan pon ringan, xkan la budak bdan beso nk panjat2 ni kang jatuh KEDEBUK xpsl2 da penyakit .. hahaha..  k.la Next~




hahha. . da cam nak Bernasyid da pluk. . xpela nmpak bersih je~ sejuk mate memandang ap lagi meggandungkan eh!! wei ap ni. . mak ku yg beranak kn die. . hahha. . baik budak ni slalu temankan mak diriku pabila hujung minggu datang, kiteorang ni jarang2 je nk blek JB sbb kdang2 sibuk, kdang2 mak isau juga bila diriku dan kakaku hendak balik naik kete berdua. . yela perempuan kan mak mestilah risau, eleh tgk2 kiteorang da sampai rumah da hua hua hua. . ok nNextt~



Ha ! da tiba si pemilik blog ni. . ni diriku laa~ NUR FATIN namanya. . .huhu . .suke berenag n da lame xberenag coz sjak pindah rumah di gombak. . 




Ni pula masa time kt kampung masing2 sibuk nak mggambil gmba last2 diriku ambil gmba kakaku,kakaku ambil gmba diriku. . .Ni la Hasilnya. . ^__^



Ni kat uma, nga sibuk amek gmbo abang2 ni, ad pluk yg nk mek gmbo diriku la, AH! hahah

Ha ni wei !!! diriku xsangka nenek diriku Bela Anjing wei !!!! Astagfirullah !!!!
diriku tau lagi nme anjing 2 SNOOPY ow. . .huhu . .. xde la ni menan spe tah. . dah main tinggal dpan uma nenek diriku, da owg egt nenek ku yg men,hahhaha. . 






k,la sampai sini jela ye. . .salam :)

Sunday, September 12, 2010

Dipercayai Mayat Datuk Sosilawati Dijumpai

Photobucket


Salam Semua..ini berita tergempar…4 mayat dijumpai di pantai morib disyaki adalah mayat jutawan kosmetik Nouvelle BeautyCare Sdn Bhd(Nouvelle Beauty) Datuk Sosilawati Lawiya, 47 dan tiga rakan beliau iaitu pemandu peribadinya, Kamarudin Sansudin, 44, pegawai bank CIMB yang juga penasihat kewangannya, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguamnya, Ahmad Kamil Karim, 32,…Berita ni aku pon xberapa pasti….namun jika betul…Takziah buat keluarga arwah …Al-Fatihah..
Sumber Kosmo:
KUALA LUMPUR – Empat mayat dipercayai termasuk jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya (gambar) dan tiga rakannya yang dilaporkan hilang sejak 13 hari lalu ditemui dekat pantai Morib, Selangor semalam.
Kesemua mereka dibunuh dengan kejam sebelum dibuang dan dibakar di ladang ternakan ayam dekat Tanjung Layang, Morib.
Setakat ini polis sudah menahan enam individu berhubung penemuan mayat-mayat tersebut.
Motif pembunuhan belum dapat dipastikan.
Kehilangan Sosilawati, 47, bersama tiga lelaki lain dipercayai didalangi seorang ahli perniagaan bergelar ‘Datuk’ yang dikatakan individu terakhir yang ditemui jutawan kosmetik itu ketika urus niaga tanah dijalankan di Banting, Selangor pada 30 Ogos lalu.‘Datuk’ berkenaan yang mempunyai ramai kenalan di kalangan orang kenamaan dipercayai berperanan sebagai broker dalam penjualan tanah bernilai RM4 juta di Pulau Pinang.
Satu sumber memberitahu, ahli perniagaan itu dipercayai mempunyai banyak petunjuk bagi membantu siasatan kes, termasuk mengesan lokasi keempat-empat mangsa disembunyikan.
“Dia dikatakan pernah terbabit dalam kegiatan penipuan jual beli tanah, dipercayai didalangi sindiket terancang. Malah, beberapa laporan polis pernah dibuat terhadapnya sebelum ini berkaitan urus niaga tanah.
“Difahamkan, ahli perniagaan terbabit mahir ‘menghilangkan’ pelanggannya,” kata satu sumber ketika dihubungi Kosmo! Ahad semalam.
Jelasnya, sebelum ini dua pelanggan dilaporkan hilang selepas mengadakan urus niaga tanah dengannya dan sehingga kini masih belum ditemui, namun lelaki tersebut menafikan semua dakwaan itu.
Ujar beliau, maklumat turut menyatakan ahli perniagaan itu sering terlepas daripada tindakan undang-undang kerana mempunyai hubungan istimewa dengan orang kenamaan, selain mahir dalam bidang perundangan.
Sosilawati yang merupakan pengasas produk kecantikan Nouvelle Visages dilaporkan hilang pada 30 Ogos lalu.
Turut hilang ialah peguamnya, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32; pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38; dan seorang lelaki, Kamaruddin Shansuddin, 44, yang dikatakan pemandu peribadi jutawan itu.
Sementara itu, tinjauan Kosmo! Ahad ke rumah Sosilawati di Taman Harmonis Gombak semalam mendapati pintu pagar rumah tersebut bertutup dan tidak nampak seperti suasana berhari raya.
Seorang lelaki yang merupakan pekebun di rumah berkenaan yang enggan dikenali memberitahu, keluarga Sosilawati masih belum mendapat apa-apa perkembangan berkenaan kehilangan jutawan itu daripada pihak polis.
Katanya, pihak keluarga juga itu enggan diganggu. Beliau memberitahu, hari raya tetap disambut meskipun tanpa adanya tuan rumah.
P/S : jika berita ini benar…Takziah diucapkan buat ahli keluarga Arwah Sosilawati,Kamarudin Sansudin, Noorhisham Mohammad, dan Ahmad Kamil Karim, ..dan buat anak2 arwah…banyakkan bersabar…Al-Fatihah..

Thursday, September 9, 2010

Esok raya??? dan hari ni hari terkhir BerPuasa???

Salam, pejam celik,pejam celik da nak selesai bulan yg penuh dengan Rahmat & kedamaian. . . kedamaian?? bagi diriku la xtau la bagi mereka2 yang masih ada bermasam muka ^.^   . . 
esok nak raya dah, gembira ada sedih ada bosan ada malas pun ada. .hahhaha ^__^  nk diterangkan satu persatu?? 


Gembira : sebab bole makan sesuka hati or bile2 je. 
Sedih      : sebab SYAITAN2 da terlepas! satu lagi rasa kedamaian da hilaaaaanggggg~
Bosan     : bosan sbb kita yang budak2 ni hanya melihat telatah warga2 tua berborak, yela kan dah raya baru                     la jumpe semua adik beradik, anak sedara semua la~
Malas     : ???? hmm xtau apa yg malasnya. . (mls nk berjumpe sanak saudara kowt) kalau la ada sedara mara 
                 
diriku yang MEMBACA post baru ni. . HABIS LA HABIS LAAA~
hmm. . da la rasa cam da ngantuk balik daaa~ skrang jam da tepat menunjukan pukul 06:33 a.m  ni sahur yang terakhir ni :'(   yela esok kan nak RAYA . . HARAM kalau berpuasa 1 SYAWAL. . . ayooOOOooo~ aik xkan xtau kowt. . kita ni umat islam kene la tau pasal syariah sikit. . yang asas pun CUKUP LA MEMADAI. . baiklah. . ku undur diri bersamaaa harapaannnn~ ( da mula dah merapu) k la. . .
     


                                                                 ASSALAMUALAIKUM !
                                Kad TERISTIMEWA YG TELAH DIREKA OLEH saya ^.^ 



      

Tuesday, September 7, 2010

Misteri Kehilangan Datuk Sosilawati


Salam,
Terkejut dengar berita di TV3 mengenai kehilangan Datuk Sosilawati pengasas produk kecantikan Nouvelles Visages bersama Pemandu Peribadi,Peguam dan Pegawai Banik.Datuk yang pernah menjadi isteri kepada penyanyi Lefthanded Nash,hilang ketika pergi menguruskan bisnesnya selama 3 hari di Banting tak silap cikmin,selepas 3 hari tak balik-balik rumah,diculik kah?kemalangan kah?Datuk ni memang kaya,cikmin kagum tengok kekayaan yang dimiliki Datuk Sosilawati ni.Rumah agam yang besar,perabot mewah dan kereta mewah.Murah rezeki dia dalam perniagaan yang diceburinya.
Semoga kehilangan Datuk dan 3 individu yang lain tu tak akan menjadi misteri lagi selepas ini,Kita doakan mereka ditemui dengan segera.Raya pun dah nak hampir ni,kesian pada keluarga masing-masing.


Keluarga pemilik syarikat kosmetik terkenal, Nouvelle Beauty Centre Sdn. Bhd. (Nouvelle Beauty), Datuk Sosilawati Lawiya membuat laporan polis setelah mendapati usahawan wanita bertaraf jutawan itu hilang sejak 30 Ogos lalu.
Difahamkan, Sosilawati, 47, tidak pulang ke rumah setelah pergi ke Banting, Selangor bersama tiga lagi yang lain untuk menemui seorang peguam bagi menyelesaikan urusan pembelian tanah di Pulau Pinang.
Sosilawati yang juga bekas isteri kepada bekas penyanyi kumpulan Lefthanded, Nash atau Nasharudin Elias dilaporkan hilang bersama pemandu, peguam peribadi serta seorang pegawai sebuah bank.
Sejak itu, keempat-empat mereka tidak pulang ke rumah dan gagal dihubungi oleh ahli keluarga masing-masing.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Sabtu Osman berkata, seorang anak Sosilawati telah membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi, Khamis lalu, kerana bimbang keselamatan ibunya itu.
Beliau berkata, polis yang menerima laporan itu buat masa ini mengklasifikasikan kes tersebut sebagai orang hilang memandangkan tiada mana-mana pihak menghubungi keluarga mangsa meminta wang tebusan.
“Sosilawati bersama pemandu, peguam dan seorang pegawai sebuah bank dimaklumkan telah pergi ke Banting pada 30 Ogos lalu dan tidak pulang ke rumah sehingga kini.
“Mereka dikatakan pergi menaiki dua kereta termasuk sebuah kereta Mercedes-Benz milik Sosilawati,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Muhammad Sabtu berkata, usaha menjejaki keempat-empat mangsa yang berusia dalam lingkungan 40-an dan kereta dinaiki mereka sehingga kini tidak berhasil.
Beliau berkata, pihaknya turut mendapatkan bantuan daripada Jabatan Siasatan Khas (D9) Bukit Aman untuk membantu menjalankan siasatan dan mengesan mangsa.
Setakat ini, katanya, polis sudah memanggil tiga individu untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan iaitu anak Sosilawati dan isteri kepada dua mangsa yang lain.
“Kita juga sedang menyiasat dakwaan bahawa mangsa hilang bersama sejumlah wang.
“Siasatan bagi mengesahkan perkara itu penting kerana terdapat keterangan bercanggah iaitu sama ada mangsa membawa wang tunai atau cek,” katanya yang enggan mendedahkan jumlah wang didakwa dibawa oleh mangsa.
Namun, difahamkan, Sosilawati membawa wang berjumlah jutaan ringgit berkemungkinan untuk digunakan bagi proses urusan pembelian tanah berkenaan.
Menurut Muhammad Sabtu, polis memerlukan kerjasama orang ramai untuk memberi maklumat bagi membantu mengesan mangsa.
Katanya, sesiapa yang ternampak atau mempunyai maklumat lokasi mangsa berada boleh menghubungi mana-mana balai polis berhampiran.
Difahamkan, selain membuat laporan polis, keluarga Sosilawati turut mendapatkan bantuan daripada pengamal perubatan tradisional untuk membantu mengesan usahawan terbabit.
Sementara itu, difahamkan, salah seorang anak Sosilawati ada menerima satu khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada ibunya dalam tempoh tersebut bagaimanapun ia sukar difahami.
Anak mangsa yang cuba menghubungi Sosilawati namun gagal.
Hasil maklumat diterima keluarga mangsa, polis juga ada menyerbu sebuah rumah di Jalan Duta, di sini, namun tidak menemui mangsa.
Kali terakhir Sosilawati dilihat berada di khalayak ramai adalah semasa menghadiri majlis berbuka puasa bersama Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, anjuran Dewan Perniagaan Melayu Selangor, 28 Ogos lalu.
Sementara itu, Nash mendoakan bekas isterinya dalam keadaan selamat dan tiada perkara buruk berlaku.
“Saya tak tahu apa-apa sehinggalah dihubungi wartawan yang mahu minta komen,” katanya menerusi SMS di sini hari ini.
Menurut Nash, beliau bukanlah individu yang sepatutnya ditanya mengenai perkara itu kerana hubungannya dengan Sosilawati sudah berakhir dan wanita itu juga sudah berkahwin lain.
“Sepatutnya tanya suami dia sebab semua orang tahu dia ada suami. Saya tiada kena mengenai lagi dengan dia, tapi doa saya supaya dia selamat,”

datuk dgn anak Misteri Kehilangan Datuk Sosilawati

rumah Misteri Kehilangan Datuk Sosilawati

Monday, September 6, 2010

apa cerita ni??? Lady Gaga TAKUT dgn Telefon ??!!


PENYANYI yang sering berimej pelik, Lady Gaga (gambar) bertekad ingin mengurangkan kekerapannya menggunakan telefon bimbit, setelah menyedari kesan dan bahaya alat telekomunikasi itu.

Penyanyi lagu Telephone ini mengaku sangat takut dengan radiasi yang dipancarkan dari telefon bimbit.

Dia yang baru mengetahui tentang perkara itu, sering meminta seseorang untuk menjauhkan telefon bimbit dari kepalanya ketika sedang berbual di telefon.

"Dia baru sahaja mengetahu tentang penggunaan yang kerap akan meningkatkan risiko penyakit kanser otak. Biarpun belum terbukti, dia benar-benar mempercayainya," kata seorang sumber.

Tambahnya, Lady Gaga tidak akan menggunakan telefon terlalu dekat dengan kepalanya dan lebih senang menggunakan alat pendengar.

Manakala, menurut salah seorang pekerja pengurusan Lady Gaga, permintaan itu merupakan salah satu daripada beberapa tuntutan aneh yang pernah dimintanya.

"Semua orang di sekelilingnya cuba untuk bertoleransi dengan perilakunya yang aneh dan menjengkelkan itu," kata sumber tersebut.

Cerita Kedai Kopi, Tiada Hakim, Tiada Saksi !



AC MIZAL SUDAH BERGELAR DATUK
Takde angin, takde ribut, tup-tup kami mendapat tahu yang kini AC Mizal sudah bergelar Datuk. Bukan Datuk sebab dapat cucu tapi dia menerima anugerah daripada Sultan Pahang yang membawa gelaran Datuk.
Tapi kami tertanya-tanya, apa la agaknya kriteria sehingga melayakkan AC Mizal menerima anugerah tu? Yer la, kalau nengok berdasarkan sumbangan’nya, macam takde pape je selain kerjayanya sebagai seorang artis.
Ok! Think positive. Mungkin sebab kejayaan AC Mizal dalam bidang perniagaan serta kejayaan’nya dalam membantu ramai orang menjadi kaya. Sebab tu Sultan Pahang memberi anugerah tersebut kepadanya.
Apa-apa pun, tahniah kepada AC Mizal kerana sudah bergelar Datuk dan kami tumpang gembira diatas penganugerahan tersebut. Semoga dengan gelaran Datuk ini akan menjadikan AC lebih berjaya. Jangan riak sudah!
P/s: Tarikh tepat bila AC Mizal dapat gelaran Datuk ni tak pula kami ketahui. Tapi jangan risau, kami akan update post ini jika dapat info lanjut nanti. Lagi satu, kami tak sure sama ada gelaran tersebut Datuk (macam Datuk K) atau Dato’ (macam Dato’ Siti Nurhaliza)

Wednesday, September 1, 2010

berehat sebentar

Antara perkara-perkara yang membolehkan kita mendapat ketenangan dan hidayah daripada Allah swt ialah;
  1. Ikhlas melakukan sesuatu perkara kerana Allah swt & bukan untuk mendapat pujian manusia semata-mata.
  2. Mengenepikan kepentingan diri.
  3. Selalu membaca Al-Quran.
  4. Selalu datang ke masjid terutamanya pada waktu Isyak & Subuh.
  5. Selalu berdamping dengan orang-orang Alim.
  6. Selalu menghadiri majlis-majlis ilmu seperti sambutan Maulidur Rasul, kuliahagama dsb.
  7. Tidak melakukan perkara-perkara yang menyekutukan Allah swt.
  8. Jangan mengadu akan masalah kita kepada manusia yang jahil sebaliknya mengadulah kepada Allah swt.
Assalamualaikum buat semua. Moga kita makin bersemangat dan seronok untuk meneruskan ibadah puasa yang dah masuk hari ke-20.
Dalam Al-Quran Allah swt ada menyebut pelbagai ujian ke atas manusia. Secara umumnya, ada 4 jenis ujian yang diberikan Allah swt kepada kita sebagai hambanya;
PERTAMA : UJIAN MENTAATI PERINTAH ALLAH SWT
Contoh ujian ialah seperti solat, puasa, membayar zakat, mengerjakan haji, menutup aurat, berkata baik dan lain-lain. Perkara-perkara ini memang amat berat untuk dilakukan oleh umatislam zaman sekarang walaupun mengetahui akan hikmah, manfaat dan kebaikkannya. Sesiapa yang patuh akan perintah Allah swt, sesungguhnya mereka itu akan beroleh kenikmatan dan kesenangan di hari akhirat kelak.
KEDUA : UJIAN MENJAUHI LARANGAN ALLAH SWT
Minum arak, mencuri, zinabuang bayi, mengumpat, berbohong, tikam nombor ekor dan lain-lain. Walaupun perkara-perkara ini nyata ditengah dalam ajaran agama islam, tetapi ramai yang gagal untuk mengawal nafsu sendiri lantaran cenderung untuk melakukannya. Lihatlah kes buang bayi dan orang tua yang tidak ada kesudahannya.
Anak-anak remaja yang masih bersekolah sudah pandai menghisap rokok, menghisap dadah dan meminum arak. Akibatnya mereka mudah terlibat dalam kegiatan yang tidak bermoral seperti pergaduhan, lumba haram dan pergaulan bebas.
KETIGA : UJIAN KEBAIKKAN (NIKMAT)
Contohnya nikmat kekayaan, anak-anakisteri yang cantik, kesihatandan pelbagai nikmat hidup. Firman Allah swt yang bermaksud; “Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya antara isteri-isterimu dananak-anakmu ada yang menjadi musuh bagimu. Maka berhati-hatilah kamu terhadap mereka dan jika kamu memaafkan dan tidak memarahi serta mengampuni (mereka), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang” (Surah al-Taghabun 64: 14)
KEEMPAT : UJIAN KEBURUKAN (MUSIBAH)
Contohnya miskin, sakit, hilang pekerjaan, kematian, gagal dalam perniagaan dan sebagainya, sebagaimana yang ditegaskan oleh Allah swt menerusi firman-Nya yang bermaksud; “Dan sesungguhnya Kami akan berikan cubaan kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berilah berita gembira kepada orang yang sabar, (iaitu) orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un. Mereka itulah golongan yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat daripada Tuhan mereka, dan mereka itulah orang yang mendapat petunjuk” (Surah al-Baqarah 2: 155-157)
Semua yang dinyatakan di atas adalah ujian bagi menentukan sama ada seseorang itu beriman atau sebaliknya. Allah swt sebagai Pencipta semua mahluk di dunia, Maha Mengetahui keadaan manusia yang selalu lalai dan leka. Lalu Allah swt menghendaki agar kita tidak tertipu dan terpengaruh dengan kenikmatan dunia serta segala kesenangannya.